
i read and saw something so irksome
that made me roll my eyes and go, wth.
.. just because it made me think of -
what ifs, why cants and why isnts.
right on cue, i saw this email in my inbox -
subject: jangan benci-membenci
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan
BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri
kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya,
orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh
rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya
mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan
ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada
hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua
orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa
mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat
tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua
orang sebelum tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta
menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan Antara
faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan
orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Ssentiasa bersangka baik terhadap orang.
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg
berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap
orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu
dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg
kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain
akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain,
terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke
pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian
salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan
simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan
atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan
iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap
diri kita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan
sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap
tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan
perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."
only then did i realise that i may be more blessed
than half the people in this world.
alhamdulillah.
anyway, seeing busu's email made all of us smile:

it seems that the temperature in adelaide is dipping.
its just too bad the exchange rate isnt.